AISKRIM LEMBUT

Wafi aiskrim adalah syarikat yang menghasilkan aiskrim. Kami nak share satu info bagaimana Wafi aiskrim menghasilkan aiskrim lembut.

Kenapa ramai sangat suka makan aiskrim Wafi? Antara sebabnya adalah sudah semestinya aiskrim ni antara makanan pencuci mulut kepada semua golongan terutamanya kanak-kanak dan rasa Wafi aiskrim ini sangat sedap.

 

CECAIR AISKRIM LEMBUT

Pada tahun 2008, syarikat LAN TABUR ENTERPRISE SDN BHD telah mengeluarkan ‘cecair aiskrim lembut’ berjenama sendiri iaitu “WAFI”. Wafi aiskrim mengambil alternatif untuk mengeluarkan cecair aiskrim lembut buatan sendiri.

Seterusnya, Wafi aiskrim telah membuka peluang perniagaan kepada masyarakat dengan menawarkan untuk menjadi agen Wafi aiskrim. Kebiasaannya, pemilik-pemilik restoran akan mengambil aiskrim Wafi ini untuk menambah seri restoran mereka.

Selain itu, Wafi aiskrim juga mengambil tempahan untuk pelbagai majlis. Dan aiskrim Wafi juga terkenal sebagai “aiskrim kenduri” kerana apabila anda pergi ke mana-mana majlis perkahwinan, anda akan dapat lihat Wafi aiskrim di sana.

 

SERBUK AISKRIM LEMBUT

Pada tahun 2017, Wafi aiskrim telah bekerjasama dengan Pensyarah Universiti Putra Malaysia dalam penyelidikan RnD serbuk aiskrim lembut. Hasil kerjasama ini telah menjadikan aiskrim Wafi menjadi lagi sedap dan berkualiti tinggi!

Serbuk aiskrim lembut ini senang untuk disimpan kerana anda tidak memerlukan peti ais untuk menyimpan serbuk aiskrim ni. Anda boleh menyimpan serbuk aiskrim ni di dalam stor anda.

Serbuk aiskrim ini tidak sama dengan cecair aiskrim lembut kerana cecair aiskrim lembut perlu disimpan di dalam peti ais. Dan ini sudah semestinya akan menggunakan elektrik yang tinggi.

Seterusnya serbuk aiskrim ini sangat mudah untuk dibancuh. Anda hanya perlu menambah air ke dalam serbuk aiskrim tersebut. Sangat mudah kan?

Tambahan pula, cecair aiskrim lembut ini adalah keluaran 100% syarikat Bumiputera dan telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM. Antara perasa aiskrim yang dihasilkan adalah vanila, coklat, strawberi, keladi, jagung dan durian.

Dan yang paling penting sekali. Serbuk Aiskrim ini boleh buat dua jenis aiskrim iaitu ‘Aiskrim Scoop‘ dan ‘Aiskrim Lembut‘.

 

 

Anda juga boleh lihat artikel kami berkenaan aiskrim scoop

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA !

Masukkan nama dan email anda untuk kami hantarkan maklumat

KAMI JUGA BENCIKAN SPAM SEPERTI ANDA

Copyright © 2017 - www.wafiaiskrim.com