TERMA DAN SYARAT AGEN

 

UMUM

  1. Stokis/Agen/Dropship adalah terdiri dari inidividu berumur 18 tahun dan ke atas, telah membaca & memahami terma & syarat disediakan di laman ini.
  2. Stokis/Agen/Dropship haruslah sentiasa bertanggungjawab & memikul jenama WAFI.
  3. Stokis/Agen/Dropship memahami & bersetuju bahawa WAFI adalah milik LAN TABUR ENTERPRISE SDN BHD( WHQ) & LAN TABUR ENTERPRISE SDN BHD (WD) adalah pengedar serta pemasaran utama (eksklusif) produk WAFI di Malaysia. 
  1. Stokis/Agen/Dropship mestilah mempunyai perniagaan yang sah dan berdaftar dengan badan SSM.
  1. Stokis/Agen/Dropship perlu mendaftar( Bersyarat ) serta menggunakan produk sahaja dibenarkan menggunakan jenama WAFI untuk tujuan promosi.
  1. Stokis/Agen/Dropship bertanggungjawab menjaga dan memberi servis yang terbaik untuk pelanggan.
  1. Stokis/Agen/Dropship boleh buat sebarang maklum balas melalui saluran serta proses aduan yang ditetapkan.
  1. Stokis/Agen/Dropship boleh merujuk pada FAQ Stokis/Agen/Dropship jika mengalami sebarang kesulitan.

STATUS


WHQ:
Pengurusan & pengeluar produk serta pemilik jenama berdaftar.

WD:
 Perlantikan eksklusif pusat edaran serta pemasaran produk bagi kawasan yang telah ditetapkan.

Stokis: Berstatus aktif dengan minima pembelian 800 unit mana-mana produk WAFI dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir membuat pembelian/penambahan stok. 

Agen: Berstatus aktif adalah dengan minima pembelian 10 unit mana-mana produk WAFI dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir membuat pembelian/penambahan stok. 

Jika Stokis/Agen tidak aktif dalam masa-masa ditentukan di atas, WD akan menggugurkan status mereka untuk memberi ruang kepada ahli-ahli lain yang berkelayakan.

PESANAN PRODUK

  1. Stokis/Agen/Dropship berperanan membuat semakan dan tempahan produk atas inisiatif masing-masing( melalui system email atau whatsap )
    1. Whatsapp Customer Service (+6013-452 0820)
    2. Pembelian terus di website wafiaiskrim.com
  1. Sebarang perubahan & kemaskini harga produk akan dipaparkan di laman web ini, laman-laman sosial milik WHQ & WD mahupun melalui aplikasi telefon pintar dan emel.
  2. Stokis/Agen/Dropship haruslah peka mana-mana perubahan & kemaskini produk dilaksanakan oleh WHQ/WD setiap masa.
  3. Stokis/Agen/Dropship mengambil dan menguruskan tempahan secara terus dengan pelanggan. Pihak LAN TABUR ENTERPRISE SDN BHD tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang urusan tempahan dengan pelanggan.
  4. Stokis/Agen/Dropship boleh PICKUP ORDER TEMPAHAN di HQ/Branch namun HQ/Branch tidak bertanggungjawap terhadap harga jualan yang ditawarkan.
  5. Stokis/Agen/Dropship atau pelanggan yang berurusan terus dan membuat tempahan dengan HQ/BRANCH akan dikira sebagai jualan dari HQ/Branch.
  6. Stokis/Agen/Dropship yang mambuat pembatalan pesanan/tempahan tidak akan dipulangkan deposit, sebaliknya atas budi bicara akan diganti dengan produk lain atau bahan mentah yang telah dibeli.
  7. Selepas pembelian, Stokis/Agen/Dropship tidak boleh memulangkan / menukar stok kepada HQ jika tidak dapat menjualnya.  
  8. Stokis/Agen/Dropship tidak dibenarkan untuk menukar stok antara satu sama lain kerana ia bakal membebankan aliran tunai perniagaan masing-masing.

PENGIKLANAN

  1. Stokis/Agen/Dropship berperanan membuat jualan dan pengiklanan atas inisiatif masing-masing.
  1. Gambar untuk tujuan pengiklanan tanpa watermark dan logo tidak akan dibekalkan namun kebanyakan gambar tanpa dan ada watermark boleh didapati di laman Facebook WAFI.
  1. Stokis/Agen/Dropship BOLEH mengunaan jenama Wafi untuk pengiklanan dan lain-lain selepas mendapat status ‘ AGENT TEMPAHAN ’sila rujuk syarat

 

PEMASARAN

  1. Bagi tujuan pemasaran & kemudahan pembangunan perniagaan, Stokis digalakkan untuk membina Grup Pemasaran masing-masing dimana keahlian Grup tersebut adalah terdiri dari kalangan Agen & Dropship dilantik Stokis itu sendiri. 

 

  1. Jika Stokis/Agen/Dropship memasarkan atau mengiklan secara online, pembelian dibebaskan mengikut kawasan pelanggan & kos penghantaran ditanggung masing-masing.

 

LOGO BRAND

  1. Agen yang mendapat status ‘AGENT TEMPAHAN’ atau temphan majlis melalui WHQ, di WAJIBKAN menggunakan logo WAFI sahaja pada ;
  1. Mesin
  1. Name Kad
  • T-shirt
  1. Dan sebarang medium pada hari majlis
  1. Pihak LAN TABUR ENTERPRISE SDN BHD berhak meminda dan mengemaskini mana-mana terma apabila diperlukan.
  1. Sebarang pertanyaan berkaitan Terma dan Syarat, sila hubungi Customer Service melalui Whatsapp di no. 019-257 7627

SAMPEL

  1. Agen tidak boleh memohon set sampel produk.
  2. HQ tidak dapat menjanjikankan dapat menyediakan sampel untuk produk tertentu bergantung produksi produk dan ketersediaan stok semasa.

KERAHSIAAN

  1. Agen boleh request untuk meletakkan nama agen sebagai pengirim di dalam Consignment Note pihak kurier. Namun Cas Penghantaran akan dikira kadar yang berbeza kerana mengikut Rate Shipping yang biasa.
  2. Sekiranya menggunakan HQ sebagai pengirim, agent dapat menikmati Promosi PERHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN RM450 DAN KE ATAS, dan Rate Shipping yang lebih murah. (Rate HQ)
  3. Logo WAFI yang bercetak tidak kekal (sticker)  boleh di buang atas permintaan.
  4. Namun terdapat logo kekal seperti di plastik bungkusan yang tidak dapat diubah.

 

ETIKA DAN KESALAHAN

  1. Sebarang percanggahan & pelanggaran etika perniagaan akan menyebabkan status rakan niaga ditamatkan serta merta.
  1. Etika perniagaan tidak sihat termasuklah, mencuri, berkongsi & bertukar-tukar Agen/Dropship/Pengguna antara satu sama lain adalah tidak dibenarkan.
  1. Stokis/Agen/Dropship tidak dibenarkan meniru, membuat semula, “menumpang” mahupun mengaitkan produk Wafi secara langsung atau bertulis atau berkongsi dengan mana-mana produk berada di pasaran.
  1. Stokis bertanggung jawab menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membantu Agen/Dropship yang telah dilantik. Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana rakan niaga Wafi menggunakan bahan promosi hak milik persendirian lain tanpa kebenaran.

PELANGGARAN

  1. Sila laporkan tindakan salah laku Stokis/Agen/Dropship di laman disediakan untuk memudahkan proses siasatan oleh WHQ/WD.
  1. Pihak WHQ & WD akan menilai setiap laporan yang telah dihantar untuk tindakan susulan. Jika siasatan telah mendapati laporan tersebut adalah benar, serta mempunyai bukti yang kukuh, pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk membuat tindakan-tindakan seperti berikut, antaranya:- 
  1. Menggantung sementara status Stokis/Agen/Dropship sehingga sisatan selesai.
  2. Menggugurkan status Stokis/Agen/Dropship serta merta.
  3. Melaporkan ke pihak berkuasa tempatan.
  4. Tindakan susulan di mahkamah.

PENDAFTARAN AGEN PRODUK

Sekiranya pihak tuan/puan bersetuju dengan syarat di atas, dijemput untuk mendaftar dan menikmati agent produk dengan langkah mudah berikut :

  1. Klik Link http://wafiaiskrim.syabella.com/borang-agen produk untuk mendaftar DAFTAR AGENT
  1. Emelkan Borang D/Borang 9 (Pendaftaran SSM) beserta maklumat nama dan no telefon ke lan_tabur@yahoo.com
  1. Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 24 jam.
  1. Pihak LAN TABUR ENTERPRISE SDN BHD berhak meminda dan mengemaskini mana-mana terma dan syarat apabila diperlukan.
  1. Sebarang pertanyaan berkaitan terma dan syarat, sila hubungi Customer Service melalui Whatsapp di no. 019-257 7627